Program 'I Love Penang Run' Tahun 2018 Di Dataran Pemuda Merdeka

JMTI, 11 Mac 2018 - Seramai 10 orang kakitangan dan 10 orang pelajar JMTI telah menyertai Program 'I LOVE PENANG RUN' 2018 yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Program tersebut telah berlangsung pada 11 Mac di Dataran Pemuda Merdeka dekat Bagan Luar, Butterworth bermula jam 7.30 pagi dengan jarak sejauh enam kilometer (km). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Selasa 05 Oktober 2021.
25917 Jumlah Pelawat