LAWATAN PENANDA ARAS Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JMTI KE ILPKL

JMTI - Khamis, Pada 26 April 2018 delegasi JMTI seramai 32 orang yang terdiri daripada JK Induk EKSA dan wakil-wakil setiap zon telah mengadakan lawatan ke ILP KL untuk program penandaarasan EKSA.  Rombongan tiba ke destinasi pada jam 11.30pagi dan telah disambut oleh JK Induk EKSA ILPKL yang dimulakan dengan sesi bergambar. Selepas itu,  rombongan dibawa ke Bilik Seminar untuk sesi taklimat dan perbincangan.  Program berhenti rehat pada jam 1.00 petang dan diteruskan pula dengan sesi lawatan ke zon-zon berkaitan. Dalam sesi taklimat dan perbincangan, pihak JMTI telah diterangkan tentang kaedah pelaksanaan EKSA yang diamalkan di ILPKL serta perkongsian audit dalaman yang dilaksanakan di sana. Semasa sesi lawatan, ahli rombongan telah melawat persekitaran ILPKL untuk mendapatkan idea dan amalan baik yang telah dijalankan. Program tamat pada jam 4.00 petang dan diakhiri dengan sesi penyerahan cenderamata dari kedua-dua pihak.

 

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Selasa 05 Oktober 2021.
25926 Jumlah Pelawat