Seminar Technology Update ' Automation in Smart Manufacturing System, Enhanced by Data Security'

JMTI,11 Julai 2018 - Satu seminar Technology update bertajuk 'Automation in Smart Manufacturing System, Enhanced by Data Security' telah dianjurkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI). Seramai 42 orang wakil dari ILJTM, 66 orang dari IPTA/ILKA/ILKS, 112 orang wakil JMTI, dan 62 orang wakil industri telah menyertai seminar tersebut. Sesi perkongsian Technology Update oleh industri telah diberikan oleh 4 buah Syarikat iaitu Syarikat OMRON-Smart Manufacturing Challenges in Production, Syarikat TEKMARK - Smartest IR4.0 Solution for TVET, Syarikat SMC - Smart Factory Training System, Syarikat SciTech-Industry 4.0 in Education. Selain itu, sesi taklimat perkongsian perlaksanaan IR4.0 di JMTI telah diberikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan JMTI iaitu Puan Junnaina Bt Husin Chua kepada semua peserta yang hadir. Seminar ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan teknologi yang digunapakai pada masa sekarang iaitu Teknologi Revolusi Industri 4.0.

 

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Selasa 05 Oktober 2021.
25889 Jumlah Pelawat