LAWATAN PENANDAARASAN OLEH POLIMAS BAGI KEPERLUAN AKREDITASI PROGRAM DIP KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)

JMTI, 26 September 2018 - Satu Lawatan Penandaarasan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) bagi keperluan akreditasi Program Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) telah diadakan di JMTI. Lawatan diadakan dari jam 10.30 pagi sehingga jam 1.30 Petang. Seramai 15 pegawai dari POLIMAS telah hadir ke sesi penandaarasan tersebut. Objektif lawatan adalah untuk mengenalpasti keperluan-keperluan kelayakan untuk akreditasi MQA dan penerangan berkenaan Industri 4.0.

 

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Selasa 05 Oktober 2021.
25872 Jumlah Pelawat