Program AnimalBot Makeathon Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) 2018

JMTI, 8 Oktober 2019 - Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran dengan kerjasama Jabatan Industri 4.0 teleh menganjurkan Program AnimalBot Makeathon. Program tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 7 oct 2018 sehingga 8 oct 2018 di ruang Lobi Institut Teknikal Jepun Malaysia, Bukit Minyak, Pulau Pinang. Program yang dianjurkan oleh para pelajar Diploma Lanjutan Semester 4 Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran berjaya menarik 23 kumpulan untuk menyertainya. Kumpulan dibentuk dari kalangan pelajar insititut dan pelajar sekolah berhampiran. Program yang bertemakan robot haiwan itu bertujuan untuk memupuk budaya kitar semula secara kreatif dikalangan pelajar dengan menggunapakai bahan terbuang untuk proses pembinaan robot tersebut. Peserta perlu menyiapkan robot haiwan masing-masing berdasarkan kepada kreativiti masing-masing dan robot tersebut akan digerakkan menggunapakai MicroController Arduino.

 

 

 

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Selasa 05 Oktober 2021.
25918 Jumlah Pelawat