LAWATAN PENANDA ARAS POLITEKNIK MALAYSIA KE INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA 2019

 

7 Februari 2019, JMTI- Satu lawatan penanda aras oleh Politeknik Maalaysia ke JMTI telah diadakan pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Lawatan telah diwakili oleh 8 orang pengurusan tertinggi mewakili 7 buah Politeknik. Antara yang hadir adalah Tuan Haji Dr Mohd Zahari bin Ismail Pengarah Politeknik Shah Alam, Dr Na’imah binti Md. Khalil Pengarah Poloteknik Sultan Azlan Shah, M (K) Mohd Noor bin Shahudin Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’azzam Shah, Yusma binti Yusof      Pengarah Politeknik Sultanah Bahiyah, En Abdul Malek bin Hasssan Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Rusmay bin Abdullah Wakil Pengarah Politeknik Balik Pulau, Mohd Affan bin Mohd Rosli Ketua Program Politeknik Balik Pulau dan Mohd Nasir bin Marzuki Wakil Pengarah Politeknik Seberang Perai. 

Agenda :

Rombongan telah disambut oleh Pengarah JMTI dan diberi penerangan berkaitan sejarah penubuhan JMTI dan hala tuju institut. Mereka juga diberi penerangan terperinci berkaitan program-program latihan yang dilaksanakan di JMTI. Kemudian rombongan dibawa melihat makmal dan bengkel-bengkel latihan yang terdapat di JMTI.

Peluang kolaborasi :

  • Pelaksanaan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi di Politeknik
  • Program PPT Kemahiran kepada Pensyarah Politeknik
  • Kursus Jangka Pendek kepada Pensyarah Politeknik
  • Kursus Modular JPK kepada pelajar politeknik
  • Program R&D bersama politeknik dan JMTI
  • Retrofikasi peralatan latihan ke IR 4.0

Perkara Baru:

Kelulusan khas pelaksanaan program Ijazah Sarjana Muda boleh diperolehi daripada Menteri Pendidikan Malaysia.

 

 Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Selasa 05 Oktober 2021.
25783 Jumlah Pelawat