Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (JTKP)
- Login to post comments
Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
nawarkan latihan dengan pengkhususan dalam bidang:-
- Pembuatan Termaju
- Pemprosesan Bahan Termaju
Jabatan ini bertanggungjawab mengendalikan latihan dalam bidang pembuatan dangan tujuan untuk melahirkan pelatih yang berkebolehan mengendalikan mesin dan peralatan berteknologi tinggi. Mereka juga didedahkan dengan cara-cara melakukan kerja-kerja merekabentuk dan menganalisa dengan menggunakan perisian CAD/CAM/CAE dan CAT.
 Kemudahan bengkel dan peralatan jabatan ini merangkumi:-
- Flexible Manufacturing System Workshop
- Makmal CAD/CAM/CAE/CAT
- Bengkel Pemesinan (Conventional Lathe, Milling & Grinding)
- Mesin CNC (Lathe & Milling)
- Mesin NC (Shearing & Bending)
- Metrology Lab
- Makmal Rawatan Haba (Heat Treatment)
- Bengkel Lukisan Kejuruteraan
- Makmal Pengukuran Berkomputer
Objektif Latihan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Objektif latihan di Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan ialah untuk:-
- Memberikan pelatih kemahiran dan pengetahuan asas dalam bidang mekanik dan pemesinan.
- Mendedahkan pelatih teknik merancang, merekacipta dan mengendalikan operasi pengeluaran.
- Memberikan pelatih kemahiran dalam menggunakan teknologi dan peralatan baru serta perisian terkini contohnya CAD/CAM/CAE/CAT.
Â
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Teori Asas:
- Teknologi Bahan
- Rekabentuk Kejuruteraan
- Asas Peralatan Mengukur
- Kakuatan Bahan
- Kajuruteraan Ergonomik
- Makanik Dinamik, Mekanik Bendalir
Teori Khusus:
- Taknologi Pengeluaran & Pemesinan
- Rekabentuk Mesin
- Kejuruteraan Kawalan
- CAD/CAM/CAE/CAT
- Teknologi Pembuatan Automatik
- Hidraulik & Pneumatik
Praktikal Asas:
- Asas Kejuruteraan
- Kejuruteraan Mekanikal
- Pemprosesan Automasi
- Kejuruteraan Simulasi
Praktikal Khusus:
- Pemesinan
- Rekabentuk & Penyenggaraan Sistem Pembuatan Automatik
- Kejuruteraan Robotik
- Rekabentuk Mesin
Kebolehan Pelatih setelah Tamat Pengajian
 Setelah tamat pengajian, pelatih berkebolehan melakukan kerja-kerja yang melibatkan mesin CNC seperti pengaturcaraan, mengendali dan melakukan kerja-kerja baikpulih ke atas mesin CNC. Pelatih juga mampu mengendalikan mesin konvensional seperti mesin larik, mesin kisar dan mesin canai dengan ketepatan tinggi. Di samping itu, pelajar-pelajar juga berkemampuan untuk menggunakan sistem 3D CAD/CAM/CAE/CAT untuk kerja-kerja rekabentuk, analisa dan pembuatan.
Peluang-Peluang Pekerjaan Setelah Tamat Pengajian
Di antara peluang-peluang pekerjaan yang terbuka untuk lepasan Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan adalah:
- Pengaturcara CNC (CNC Programmer)
- Tool and Die & Mould Maker
- Perekabentuk CAD/CAM
- Juruteknik Pengeluaran
- Perekabentuk Sistem Pembuatan Automatik
- Juruteknik Penyelenggaraan
- Penganalisa (CAE Analyst)
- Pengawal Kualiti (QA/QC Controller)



