Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer (JTKK)
- Login to post comments
Teknologi Kejuruteraan Komputer
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer menawarkan bidang pengkhususan:-Â
- Teknologi Kejuruteraan Komputer
- Teknologi Kejuruteraan Maklumat
Jabatan ini bertanggungjawab memupuk kefahaman mengenai komputer sejajar dengan perkembangan penggunaan komputer dan perisisan komputer di dalam sector industri dan sector awam terutama untuk memenuhi keperluan pejabat, industri dan juga individu. Lepasan JMTI didedahkan dengan subjek yang berkaitan dengan merekabentuk system bagi membangunkan bidang pemprosesan perniagaan berasaskan komputer, membangunkan bidang yang berkait rapat dengan komunikasi, sukatan dan kawalan serta industri pemasangan komputer. Mereka juga diharap berkemampuan untuk menguji, mengenalpasti serta menyelesaikan masalah berkaitan dengan software dan hardware.
Kemudahan makmal yang disediakan di jabatan ini adalah seperti berikut:-
- Computer Maintenance Lab
- Computer Hardware Training System
- Computer Network Training System
- Computer Programming Training System
- Computer-Multimedia Training System
- Computer Database Training System
- Computer Win2000 Training Lab
- Computer Novell Netware Training Lab
- Computer Unix/Linux Training Lab
- Electronics Analog & Digital Lab
Objektif Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer
Objektif Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer adalah untuk melahirkan pelatih-pelatih:-
- Berpengetahuan serta berkemahiran di dalam bidang komputer.
- Cekap dalam mengendalikan komputer termasuklah teknik-teknik pembangunan perisian(software), data komunikasi dan juga pemprosesan data.
- Berkemahiran dalam memasang, menaiktaraf, mambaikpulih dan menyelenggara komputer.
Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
Teori Asas:-
| Teori Khusus:-
|
| Praktik Asas
| Praktikal Khusus
|
Kebolehan Pelatih setelah Tamat Pengajian
Setelah tamat pengajian di JMTI, pelatih berkebolehan membangunkan aplikasi perisian di dalam persekitaran yang melibatkan Windows serta mengetahui fungsi-fungsi dan struktur-struktur peribadi komputer dan penyelenggaraan komputer. Mereka juga berkemampuan membangun dan memasang system jaringan, mencipta digital komputer grafik dan membina system data grafik serta merekabentuk, membina dan menyediakan system model client/ server.
Peluang-Peluang Pekerjaan
- Computer Programmer
- Juruatur Komputer
- Pembantu System Analyst
- Computer System Technician
- Computer Network Technician
- Pemproses Data



